Kamis, 17 Januari 2013

HP kekal nombor sat


HPHewlett-Packard (HP)
Hewlett-Packard (HP)HEWLETT-Packard (HP) kekalkan nombor satu dalam penghantaran komputer peribadi (PC) di seluruh dunia dan Amerika Syarikat.
International Data Corporation (IDC) berkata, kedudukan nombor satu itu juga termasuk segmen stesen kerja yang sangat penting yang mewakili analisis paling menyeluruh dalam keseluruhan pasaran PC.
IDC ialah penyedia global utama risikan maklumat pasaran, perkhidmatan nasihat dan acara bagi pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pengguna.
Ia membantu profesional teknologi maklumat, eksekutif perniagaan dan komuniti pelaburan untuk membuat keputusan berasaskan fakta mengenai pembelian teknologi dan strategi perniagaan.
“Kami percaya kedudukan HP sebagai peneraju bahagian pasaran menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan produk PC dan pengalaman terbaik dalam segmen pelanggan.
“Dengan portfolio produk kami dalam pelan halaman tuju, daripada peranti mudah alih kepada stesen kerja, kami akan terus menyediakan produk dan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami,” katanya.

0 komentar:

Posting Komentar